Tuesday, 18 March 2014

Dunia Bawah Dagu, Akhirat Depan Mata

Assalamualaikum,

Suka ana kongikan satu statement yang selalu sahabat ana ingatkan, Dunia Bawah Dagu, Akhirat Depan Mata. (Setelah dicari-cari dari mana datangnya statement ini, rupa-rupanya dari seorang tokoh ulama yang saya sangat sayangi, TNGA)

Masa sahabat ana kongsi tu, itu lah kali pertama ana dengar dan sangat-sangat tak paham dengan statement tu. Rupanya maksud kata-kata tu sangat besar dan bermakna kepada kita sebagai seorang hamba Allah dan khalifah dimuka bumi ini. Statement ini sentiasa mengingatkan ana tentang tujuan asal hidup ini dan apakah sebenarnya sasaran kita dalam perjalanan merentasi alam dunia ini. 

Dunia Bawah Dagu. Kenapa dagu? Jelasnya, Dunia ini diumpamakan sebagai tongkat dibawah dagu, yang memastikan wajah dan mata kita betul-betul memandang ke Akhirat yang berada di depan mata. Ramai manusia yang tidak kukuh tongkat dagunya yang membuatkan matanya tidak dapat melihat ke akhirat. Dunia ini adalah jalan yang mesti dilalui oleh setiap manusia sebelum tiba ke destinasi akhirat. Tewas menawan dunia, khuatir akhiratnya juga akan tewas. 

Sedikit pesanan pengenalan dari ana, marilah sama-sama kita menjadikan kehidupan di dunia ini sebagai medan untuk kita beramal dan menyediakan persiapan untuk menuju akhirat. Mana mungkin kita tenang sekiranya amalan yang terkumpul ini sedikit dan tidak pula berkualiti ketika menjalani perjalanan yang jauh iaitu alam barkzah dan akhirat. Semoga setiap amalan yang kita lakukan diterima dan diredhai Allah.



Firman Allah yang bermaksud: ''Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan gurau senda dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.''
(Surah Al-Ankabut ayat 64)


0 comments:

Post a Comment