Monday, 24 March 2014

Solehkan dirimu, InsyaAllah Solehahlah zaujahmu.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, usai sudah satu paper final exam. Masih tinggal lagi 4. Gap paper first and paper kedua ni 5 hari. So sempat juga nak rehat-rehat dan mula study awal. Walaupun paper Entrepreneur agak mengecawakan. Section A, B, C semua dah yakin. Tapi Section D, 20 marks!! -______-

Apapun, semoga kekurangan ini menjadi pembakar semangat untuk ana terus tingkatkan usaha untuk cover the next paper. Sebenarnya, ana baru pulang dari Kolam Air Panas Legong. Hilangkan stress. :D  ~~~~
InsyaAllah next posting ana akan kongsikan pengalaman kat Legong lak.

Entry ini pun ana just nak share sikit ja tentang perkara yang ana sendiri sedar tak sedar tercatat dalam paper question ENT tadi. Ana suka menulis, disebabkan sedikit bosan kerana selesai menjawab terlalu awal (Walaupun section D punya jawapan tidak memuaskan) , ana pun tulis ja apa yang terlintas kat kepala time tu. Dan suka ana untuk kongsikan dalam blog ini.





Apa yang ana tulis itu berbunyi begini :

*Kadang-kadang aku terfikir, adakah aku memilih kamu ini adalah kerana Allah dan Agama yang ada pada dirimu. Kerana dari harta, aku lihat kamu merupakan seorang yang sangat berharta. Dari keturunanmu, kamu mempunyai bilangan adik beradik yang sangat ramai. Dari kecantikanmu, sesungguhnya sungguh cantik dan indah dirimu di mataku.

Beginilah, aku memilih untuk menyerahkan segala urusan ini kepada yang empunya setiap hati. Sekiranya kamu benar jodohku, sesungguhnya hati aku tidak akan berpaling darimu dan hanya masa yang menentukan, bila kamu akan menjadi zaujah dan peneman hidupku.

Bila dibaca balik, agak pelik ayat-ayat yang ana gunakan. Tunggang langgang. Sebenarnya ana menulis ini bukan bermakna ana yang berada dalam situasi ini, dan bukan juga bermakna tidak. :D
Maksud yang ana cuba sampaikan, dalam memilih pasangan hidup. Dari aspek apakah pilihan yang kita gunakan untuk memilih teman kita. Apapun, apa yang ana tulis ini bukanlah sesuatu yang besar mahupun penting. Kerana asalnya dari kita dilahirkan lagi, sudah tercatat secara jelas dalam ilmu Allah siapakah zaujah kita tersebut. Sekiranya semua Agamanya, Hartanya, Keturunannya, Kecantikannya terdapat pada empunya dirinya, semoga bukanlah ianya menjadikan diri kita jauh daripada Allah. InsyaAllah.

Apa yang penting, Solehkan dirimu, InsyaAllah Solehahlah zaujahmu. ^-^ AllahummaAmin~

0 comments:

Post a Comment