Sunday 30 March 2014

Semoga Kaya Dan Berjaya!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini dapat dimanfaatkan dengan baik sekali insyaAllah. Semoga hariku ini diberkati dan diredhai Allah. Pagi bangun awal, pergi seminar untuk motivasikan diri. Tambahkan nilai diri. Perbetulkan semula cas-cas dalam diri supaya kekal bersemangat dan positif. Malam pun sama. Alhamdulillah. Rugi la sapa yang hari-harinya just duduk rumah, online, makan, tidur, tengok movie.

Rugi rugi rugi. ^-^

Mana ana pergi sehari ini? Haa, pagi tadi ana pergi Penang. Bersama sahabat-sahabat mencari ILMU untuk meningkatkan nilai diri dan menyelesaikan masalah orang sekeliling. Ada apa di Penang. Seminar Usahawan Dr Azizan Osman! Seminar BANGKIT BERNIAGA! MasyaAllah, satu seminar yang sangat membantu kami kami yang bercita-cita menjadi usahawan ini.

Biasanya sesiapa yang join program dengan DAO ni, bila balik ja akan bersemangat lebih. Maklum lah, disana semua orang yang hadir bercas positif. Kita yang pergi pon akan dicas positif hasil dari cas-cas semua hadirin di situ. Tu yang jadi bersemangat tu. Semangat nak buat apa? Berniaga laaa.. Apa lagi? Haha..

Ana pernah join beberapa seminar DAO sebelum ni, seminar BANGKIT 2014, Pelaburan Saham, Emas dan Hartanah. Best! Tapi untuk ana yang masih belajar ni, just mampu yang free je la. IMKK pun tak pergi lagi. Masih bercita-cita. InsyaAllah pasti akan pergi juga satu masa nanti. Tapi untuk BANGKIT BERNIAGA kali ini paling best? Kenapa? Dapat buku free! ^O^ ..



Harga buku Planet Bisnes Azizan Osman ni dekat RM30 kot..

Kalau nak dihuraikan apa yang ana dapat kat seminar ni, fuhh. Tidak terungkap. Nanti anda sendiri jelah yang pergi. Banyak sangat input-input berguna. Bukan DAO saja yang coach kami, tapi pakar saham pun ada, Tuan Haji Asri Ahmad dan Dr Mohd Nazri Khan! Ana admire sungguh depa depa ni. Kenapa? Haa, ana memang ceni. Bila tau jaaa, semua nak buat. Lepas berniaga, nak buat saham, then property. Lepas tu, baru simpan emas! ^-^ InsyaAllah. 

Sharing Tuan Haji Asri tadi, intro saja pun dah buat kami para peserta teruja. Dimana masa slot DAO, peserta semua bersemangat dengan bersorak-sorak. Tuan Haji Asri pula buatkan kami bersemangat sampai speechless!! Kami sangat-sangat teruja dengan betapa mudahnya berbisnes dengan saham ni. Tuan Haji Asri juga tunjukkan kami secara live pembelian saham. Mudah! Dr Mohd Nazri Khan pula buatkan kami bersemangat dengan suntikkan kami input-input dan ilmu pelaburan yang kami tidak tahu. Ilmu baru! Mereka berdua ini bukanlah calang-calang manusia. Tuan Haji Asri, Kontraktor Kelas A dan mempunyai syarikat kontraktor sendiri. Dr Mohd  Nazri Khan, Head of Retail Research, Affin Investment Bank. Walaupun mereka sangat hebat dan sibuk, tapi mereka masih sudi luangkan masa bersama-sama kami menyampaikan ILMU-ILMU untuk membantu nasib bangsa! ^-^




Amacan? Best ka best? hehe..

Malam pula, ana pergi Masjid Semeling. Ada kuliah Ustaz Taib Azamuddin. Ex Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur. Best! Macam-macam isu semasa yang ustaz kupaskan. Dunia kejar juga, akhirat wajib seiring! ^-^

Semoga Anda Semua Kaya Dan Berjaya!